SELAMAT DATANG KE BLOG KESATUAN GURU SARAWAK (STU) BAHAGIAN SIBU

Friday, May 30, 2008

NATIONAL WORKSHOP ON TRADE UNION RIGHTS FOR KEY TRADE UNION OFFICIALS




Salam sejahtera kepada semua ahli STU dan Selamat Gawai Dayak kepada semua ahli STU yang merayakan Gawai.

STU merupakan sebuah kesatuan sekerja yang bergabung dengan sebuah kesatuan sekerja sedunia yang dipanggil "Education International" (EI) yang berpusat di Brussels, Belgium. EI mempunyai keahlian melebihi 30 juta yang mewakili pelbagai sektor pendidikan dari Pra sekolah hingga ke Universiti. Ia meliputi 394 kesatuan sekerja dan persatuan kebangsaan dari 171 buah negara dan wilayah di dunia. Baru-baru ini EI wilayah Asia Pasifik yang berpejabat di Kuala Lumpur, Malaysia telah menganjurkan satu bengkel yang bertajuk "National Workshop On Trade Union Rights For Key Trade Union Officials". Bengkel tersebut telah berjalan mulai 26 Mei 2008 hingga 29 Mei, 2008 di Hotel Federal, Kuala Lumpur. Peserta-peserta yang menghadiri bengkel tersebut terdiri daripada ahli-ahli dari STU, NUTP dan MAE (Malaysian Association Of Education) Dalam bengkel tersebut, STU telah diwakili oleh 6 peserta yang terdiri daripada Encik Ong Kheng Syn (Timbalan Setiausaha Agung STU Pusat), Encik Ng Siew Song (Naib Bendahari Agung STU Pusat), Encik Tan Kuang Wui (Pengerusi STU Bahagian Sibu), Cik Fu Yung Yung (Setiausaha STU Bahagian Kuching), Puan Irene Wong (Setiausaha STU Bahagian Sarikei) dan Cik Elizabeth Dikertina Achuk (Setiausaha STU Bahagian Miri)
(Gambar atas menunjukkan sebahagian daripada peserta bengkel tersebut dan gambar bawah menunjukkan peserta-peserta bengkel dari STU-Dari kiri Encik Ng Siew Song, Encik Tan Kuang Wui, Cik Elizabeth Dikertina Achuk, Puan Irene Wong, Cik Fu Yung Yung dan Encik Ong Kheng Syn)

Saturday, May 03, 2008

SARAWAK TEACHERS' UNION (STU) BIENNIAL DELEGATES CONFERENCE



Mesyuarat Perwakilan Dwitahunan Kesatuan Guru Sarawak (STU) dijangka diadakan pertengahan bulan Ogos ia itu pada cuti pertengahan semester kedua di Kuching tahun ini. STU bahagian Sibu dijangka akan menghantar 10 perwakilan ke mesyurat tersebut. (Dari profil BDC yang lepas - Gambar atas menunjukkan sebahagian daripada perwakilan dari STU Bahagian Sibu yang mengambil bahagian dalam BDC dan gambar bawah menunjukkan mantan Pengarah Pelajaran Sarawak Cikgu Rabiah bt. Johari menerima cenderhati daripada Presiden STU Encik William Ghani Bina

MESYUARAT AGUNG KE-43 KESATUAN GURU SARAWAK (STU) BAHAGIAN SIBU



Mesyuarat Agung ke-43 Kesatuan Guru Sarawak (STU) Bahagian Sibu dijadualkan berlangsung pada 22 Jun 2006 di Hotel Paramount, Sibu. Tiket-tiket makan tengah hari sempena mesyuarat agung tersebut mulai dijual di sekolah-sekolah melalui wakil-wakil sekolah (school rep.) Selain daripada itu, insentif kecemerlangan akademik untuk anak-anak ahli juga akan disampaikan pada hari tersebut. Borang permohonan insentif kecemerlangan akademik untuk anak-anak ahli telah diedar ke semua sekolah bahagian Sibu. Anak-anak ahli yang layak memohon insentif tersebut diseru supaya menghantar borang permohonan mereka sebelum 23 Mei 2008 kepada Encik Wong Teck Ong (Bendahari STU) merangkap Guru Besar, SJK (C) Nang Sang, Sibu. Turut diraikan dalam mesyuarat agung kali ini ialah seramai lebih kurang 40 orang ahli kita yang telah dan akan bersara sepanjang tahun 2008. (Dari profil Mesyuarat Agung Tahun Lepas -Gambar disebelah kiri menunjukkan ahli-ahli kita yang mengambil bahagian secara aktif dalam mesyuarat agung & Gambar sebelah kanan menunjukkan salah seorang ahli kita yang bersara menerima cenderahati daripada tetamu kehormat, YB Datuk Lau Hui Chiew)

Friday, May 02, 2008

SCHOOL REPRESENTATIVES SEMINAR



Satu seminar wakil sekolah STU telah berjaya dijalankan di Hotel Premier, Sibu pada 26 April 2008. Seramai 100 perserta yang mewakili semua sekolah menengah dan rendah dalam bahagian Sibu telah mengambil bahagian. Dalam seminar tersebut, wakil-wakil sekolah telah didedahkan dengan maklumat-maklumat terkini kesatuan. Turut serta menjayakan seminar tersebut ialah Setiausaha Agung, Kesatuan Guru-Guru Sarawak (STU), Encik Thomas Huo Kok Sen. Beliau telah mendedahkan pelbagai maklumat terkini yang berkaitan dengan kesatuan dan perkhidmatan profesion perguruan kita. Diharapkan semua wakil sekolah yang menghadiri seminar tersebut mengambil inisiatif untuk menyebarluaskan maklumat yang diperolehi kepada semua ahli-ahli kita di sekolah masing-masing.Gambar (atas sekali) menunjukkan saudara Setiausaha Agung kita, En. Thomas Hua Kok Sen menyampaikan ceramah beliau di seminar tersebut dan (gambar kedua) menunjukkan sebahagian daripada wakil sekolah yang menghadiri seminar tersebut.

BLOG STU BAHAGIAN SIBU



Salam sejahtera semua ahli STU khususnya ahli-ahli STU dari bahagian Sibu. Pihak kami sedang berusaha untuk meningkatan perkhidmatan kami kepada semua ahli STU dengan mewujudkan blog ini sebagai jambatan penghubung antara ahli dengan kesatuan serta mengemaskini ahli-ahli kita dengan berita-berita terkini kesatuan. Dengan wujudnya blog ini, harapan kami semoga semua ahli dapat menggunakan blog ini dengan penuh tanggungjawab demi untuk manafaat bersama.