SELAMAT DATANG KE BLOG KESATUAN GURU SARAWAK (STU) BAHAGIAN SIBU

Sunday, August 24, 2008

INSENTIF BARU UNTUK GURU

Berikut adalah intipati ucapan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa merasmikan pelancaran Hari Guru 2008 Peringkat Kebangsaan Ke-37 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka pada tanggal 16 Mei 2008

Kerajaan bersetuju untuk mengambil kira pengalaman mengajar para guru semasa dalam skim bukan siswazah DGA29 untuk pertimbangan kenaikan gred secara"time-based" setelah berada dalam skim siswazah iaitu dari gred DG41 ke DG44
Kaedah yang akan digunakan ialah stiap tiga tahun pengalaman di gred DGA29 akan dikira sebagai satu tahun pengalaman di gred DG41, tertakluk kepada had maksimum pengiraan tiga tahun pengalaman DG41.
Insentif ini merupakan satu tambahan kepada keputusan kerajaan sebelum ini untuk memberi satu hadiah kenaikan gaji.
Perdana Menteri turut mengumumkan kelulusan cadangan supaya guru gred DG41 yang berasal dari skim bukan siswazah dan memegang jawatan guru besar akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke gred DG44 selepas tiga tahun berkhidmat sebagai guru besar pada gred DG41
Bagi Guru Cemerlang, tempoh kelayakan permohonan gred DGA29 ke DGA32 dan DG41 ke DG44 dipendekkan dari tujuh tahun kepada lima tahun pengalaman mengajar.
Bagi pegawai yang telah dinaikkan pangkat Guru Cemerlang di sesuatu gred, boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat ke gred selanjutnya tanpa perlu menunggu tempoh tiga tahun perkhidmatan dalam gred yang sedang disandang.
Kerajaan juga bersetuju untuk memperuntukkan 10 peratus daripada kuota Guru Besar Cemerlang DGA38 sebanyak 1,700 jawatan seperti yang diumumkan tahun lalu kepada pengelola dan guru yang berkhidmat di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah yang menunjukkan prestasi yang cemerlang.
Gred Jawatan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) dinaikkan dari gred DG48 ke gred DG52 dan DG54
Struktur seluruh PPD di seluruh negara akan diseragamkan dengan memansuhkan Pejabat Pelajaran Gabungan (PPG) bagi negeri Sabah dan Sarawak.
Selain kenaikan gred PPD, penambahbaikan juga akan mewujudkan ratusan jawatan kenaikan pangkat baru untuk para guru yang berkhidmat di PPD
Kerajaan juga meluluskan cadangan penstrukturan baru Kementerian Pelajaran yang melibatkan pertambahan jawatan dan kenaikan gred bagi jawatan pengurusan tertinggi dan ketua bahagian dari gred DG54 hingga ke JUSA . Sebagai contoh, kesemua jawatan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran kini diseragamkan pada gred JUSA A berbandingkan sebelumnya berbeza pada gred JUSA A, B, C dan DG54

MAJLIS PENYERAHAN CEK SKIM INSURANS BERKELOMPOK PELBAGAI MANFAAT GREAT EASTERN (Livin' Pay)


Satu majlis ringkas penyerahan cek Skim Insurans Berkelompok Pelbagai Manfaat Great Eastern (Livin' Pay) berjumlah RM 85,484.49 kepada isteri mendiang Wong Ing Hung, Cikgu Nui Sui Leng dari SK Perbandaran Sibu No. 4, Sibu. Mendiang Wong Ing Hung telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Oya, Sibu pada tahun 2007. Majlis penyerahan cek tersebut telah dilakukan oleh Pengerusi STU Bahagian Sibu, En. Tan Kuang Wui di Pejabat STU Sibu, Jalan Kampung Dato, Sibu. Skim insuran ini adalah inisiatif STU untuk memberi pelindungan dan menjaga kebajikan ahli-ahli STU.Kemudahan skim ini telah boleh dipanjangkan kepada ahli keluarga ahli STU walaupun mereka ini bukan ahli STU.
Gambar di atas menunjukkan penyerahan cek oleh Pengerusi STU Bahagian Sibu En. Tan Kuang Wui kepada isteri mendiang Wong Ing Hung, Cikgu Nui Sui Leng di Pejabat STU Sibu dan disaksikan oleh Encik Polycarp Teng, Naib Presiden STU Pusat (berdiri tengah) dan ahli-ahli exco STU Bahagian Sibu)

PERSIDANGAN PERWAKILAN DWITAHUNAN STU KE 19



Kesatuan Guru Sarawak (STU) telah mengadakan Persidangan Perwakilan Dwitahunan ke 19 di Holiday Inn, Kuching mulai 16 Ogos, 2008 hingga 18 Ogos, 2008. Persidangan itu telah dirasmikan oleh Menteri Perumahan Sarawak, Dato Seri Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg. Persidangan itu telah dihadiri oleh lebih daripada 120 perwakilan yang mewakili semua bahagian dalam Sarawak. STU Bahagian Sibu telah menghantar 12 orang perwakilan (termasuk 2 exco yang berada dalam jawatankuasa pusat). Mereka yang mewakili STU Bahagian Sibu adalah seperti berikut:

1. En. Polycarp Teng (Naib Presiden STU Pusat)
2. En. Tan Kuang Wui (Pengerusi STU Bahagian Sibu)
3. En. Hii Nai Tong (Naib Pengerusi STU Bahagian Sibu)
4. En. Ivy Yong Ik Tong (Setiausaha STU Bahagian Sibu & Exco STU Pusat)
5. En. Wong Teck Onn (Bendahari STU Bahagian Sibu)
6. En. Henry Ong Beng Kee (Exco STU Bahagian Sibu)
7. Pn. Salmah binti Chali (Exco STU Bahagian Sibu)
8. Cik Rohani binti Mohd Eded (Exco STU Bahagian Sibu)
9. Cik Mariam binti Bustaman Vong (Exco STU Bahagian Sibu)
10. Cik Marina Mohd Nor (Exco STU Bahagian Sibu)
11. En. Abi ak. Barieng (Wakil STU Daerah Kanowit)
12. En. Abang Khaderi bin Abang Bolhassan (Wakil STU Daerah Selangau)

Pada penghujung persidangan tersebut, 10 resolusi telah diputuskan untuk dibawa ke pihak atasan untuk tindakan. (muat turun 10 resolusi 19th BDC STU)
Gambar atas menunjukkan delegasi dari STU Bahagian Sibu dan gambar bawah menunjukkan keseluruhan perwakilan dalam persidangan tersebut.

Sunday, August 10, 2008

24th ASEAN Council Of Teachers' Convention

The 24th ASEAN Council of Teachers' Convention will be held from 12th to 16th December 2008 at Charoen Hotel, Ampuhur Muang, Undon Thani Province, Thailand. The theme for the convention will be "Sustainable Environment Education for Quality of Life"
Stated below are the following:
1. Registration Fee : USD 30.00 participant
2. Hotel Packages : USD 130.00 (Twin Sharing) 1 pax for 4 nights
3. Air Fare Mas or Air Asia (which ever is cheaper) & Thai Airline (domestic)
4. Excursion to Vientiane, Lao PDR : USD 30.00 per participant

All interested members are to register with STU together with the registration fee of USD 30.00 and a deposit of RM 300.00 (non-refundable) on or before 26 August 2008 as we need to submit the listing to the host union by 1st September 2008

For further information about this convention, please do not hesitate to contact the following:

Bro. Polycarp Teng,
Guru Besar,
SK Sungai Buloh,
Selangau.
Tel: 0198982010

Bro. Tan Kuang Wui,
Guru Besar,
SK SEDC, Sibu
Tel: 0198183703

Sis. Ivy Yong,
Guru Besar,
SK Tg. Penasu, Sibu
Tel: 0138000324

Friday, May 30, 2008

NATIONAL WORKSHOP ON TRADE UNION RIGHTS FOR KEY TRADE UNION OFFICIALS




Salam sejahtera kepada semua ahli STU dan Selamat Gawai Dayak kepada semua ahli STU yang merayakan Gawai.

STU merupakan sebuah kesatuan sekerja yang bergabung dengan sebuah kesatuan sekerja sedunia yang dipanggil "Education International" (EI) yang berpusat di Brussels, Belgium. EI mempunyai keahlian melebihi 30 juta yang mewakili pelbagai sektor pendidikan dari Pra sekolah hingga ke Universiti. Ia meliputi 394 kesatuan sekerja dan persatuan kebangsaan dari 171 buah negara dan wilayah di dunia. Baru-baru ini EI wilayah Asia Pasifik yang berpejabat di Kuala Lumpur, Malaysia telah menganjurkan satu bengkel yang bertajuk "National Workshop On Trade Union Rights For Key Trade Union Officials". Bengkel tersebut telah berjalan mulai 26 Mei 2008 hingga 29 Mei, 2008 di Hotel Federal, Kuala Lumpur. Peserta-peserta yang menghadiri bengkel tersebut terdiri daripada ahli-ahli dari STU, NUTP dan MAE (Malaysian Association Of Education) Dalam bengkel tersebut, STU telah diwakili oleh 6 peserta yang terdiri daripada Encik Ong Kheng Syn (Timbalan Setiausaha Agung STU Pusat), Encik Ng Siew Song (Naib Bendahari Agung STU Pusat), Encik Tan Kuang Wui (Pengerusi STU Bahagian Sibu), Cik Fu Yung Yung (Setiausaha STU Bahagian Kuching), Puan Irene Wong (Setiausaha STU Bahagian Sarikei) dan Cik Elizabeth Dikertina Achuk (Setiausaha STU Bahagian Miri)
(Gambar atas menunjukkan sebahagian daripada peserta bengkel tersebut dan gambar bawah menunjukkan peserta-peserta bengkel dari STU-Dari kiri Encik Ng Siew Song, Encik Tan Kuang Wui, Cik Elizabeth Dikertina Achuk, Puan Irene Wong, Cik Fu Yung Yung dan Encik Ong Kheng Syn)

Saturday, May 03, 2008

SARAWAK TEACHERS' UNION (STU) BIENNIAL DELEGATES CONFERENCE



Mesyuarat Perwakilan Dwitahunan Kesatuan Guru Sarawak (STU) dijangka diadakan pertengahan bulan Ogos ia itu pada cuti pertengahan semester kedua di Kuching tahun ini. STU bahagian Sibu dijangka akan menghantar 10 perwakilan ke mesyurat tersebut. (Dari profil BDC yang lepas - Gambar atas menunjukkan sebahagian daripada perwakilan dari STU Bahagian Sibu yang mengambil bahagian dalam BDC dan gambar bawah menunjukkan mantan Pengarah Pelajaran Sarawak Cikgu Rabiah bt. Johari menerima cenderhati daripada Presiden STU Encik William Ghani Bina

MESYUARAT AGUNG KE-43 KESATUAN GURU SARAWAK (STU) BAHAGIAN SIBU



Mesyuarat Agung ke-43 Kesatuan Guru Sarawak (STU) Bahagian Sibu dijadualkan berlangsung pada 22 Jun 2006 di Hotel Paramount, Sibu. Tiket-tiket makan tengah hari sempena mesyuarat agung tersebut mulai dijual di sekolah-sekolah melalui wakil-wakil sekolah (school rep.) Selain daripada itu, insentif kecemerlangan akademik untuk anak-anak ahli juga akan disampaikan pada hari tersebut. Borang permohonan insentif kecemerlangan akademik untuk anak-anak ahli telah diedar ke semua sekolah bahagian Sibu. Anak-anak ahli yang layak memohon insentif tersebut diseru supaya menghantar borang permohonan mereka sebelum 23 Mei 2008 kepada Encik Wong Teck Ong (Bendahari STU) merangkap Guru Besar, SJK (C) Nang Sang, Sibu. Turut diraikan dalam mesyuarat agung kali ini ialah seramai lebih kurang 40 orang ahli kita yang telah dan akan bersara sepanjang tahun 2008. (Dari profil Mesyuarat Agung Tahun Lepas -Gambar disebelah kiri menunjukkan ahli-ahli kita yang mengambil bahagian secara aktif dalam mesyuarat agung & Gambar sebelah kanan menunjukkan salah seorang ahli kita yang bersara menerima cenderahati daripada tetamu kehormat, YB Datuk Lau Hui Chiew)

Friday, May 02, 2008

SCHOOL REPRESENTATIVES SEMINAR



Satu seminar wakil sekolah STU telah berjaya dijalankan di Hotel Premier, Sibu pada 26 April 2008. Seramai 100 perserta yang mewakili semua sekolah menengah dan rendah dalam bahagian Sibu telah mengambil bahagian. Dalam seminar tersebut, wakil-wakil sekolah telah didedahkan dengan maklumat-maklumat terkini kesatuan. Turut serta menjayakan seminar tersebut ialah Setiausaha Agung, Kesatuan Guru-Guru Sarawak (STU), Encik Thomas Huo Kok Sen. Beliau telah mendedahkan pelbagai maklumat terkini yang berkaitan dengan kesatuan dan perkhidmatan profesion perguruan kita. Diharapkan semua wakil sekolah yang menghadiri seminar tersebut mengambil inisiatif untuk menyebarluaskan maklumat yang diperolehi kepada semua ahli-ahli kita di sekolah masing-masing.Gambar (atas sekali) menunjukkan saudara Setiausaha Agung kita, En. Thomas Hua Kok Sen menyampaikan ceramah beliau di seminar tersebut dan (gambar kedua) menunjukkan sebahagian daripada wakil sekolah yang menghadiri seminar tersebut.

BLOG STU BAHAGIAN SIBU



Salam sejahtera semua ahli STU khususnya ahli-ahli STU dari bahagian Sibu. Pihak kami sedang berusaha untuk meningkatan perkhidmatan kami kepada semua ahli STU dengan mewujudkan blog ini sebagai jambatan penghubung antara ahli dengan kesatuan serta mengemaskini ahli-ahli kita dengan berita-berita terkini kesatuan. Dengan wujudnya blog ini, harapan kami semoga semua ahli dapat menggunakan blog ini dengan penuh tanggungjawab demi untuk manafaat bersama.