SELAMAT DATANG KE BLOG KESATUAN GURU SARAWAK (STU) BAHAGIAN SIBU

Sunday, August 24, 2008

INSENTIF BARU UNTUK GURU

Berikut adalah intipati ucapan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa merasmikan pelancaran Hari Guru 2008 Peringkat Kebangsaan Ke-37 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka pada tanggal 16 Mei 2008

Kerajaan bersetuju untuk mengambil kira pengalaman mengajar para guru semasa dalam skim bukan siswazah DGA29 untuk pertimbangan kenaikan gred secara"time-based" setelah berada dalam skim siswazah iaitu dari gred DG41 ke DG44
Kaedah yang akan digunakan ialah stiap tiga tahun pengalaman di gred DGA29 akan dikira sebagai satu tahun pengalaman di gred DG41, tertakluk kepada had maksimum pengiraan tiga tahun pengalaman DG41.
Insentif ini merupakan satu tambahan kepada keputusan kerajaan sebelum ini untuk memberi satu hadiah kenaikan gaji.
Perdana Menteri turut mengumumkan kelulusan cadangan supaya guru gred DG41 yang berasal dari skim bukan siswazah dan memegang jawatan guru besar akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke gred DG44 selepas tiga tahun berkhidmat sebagai guru besar pada gred DG41
Bagi Guru Cemerlang, tempoh kelayakan permohonan gred DGA29 ke DGA32 dan DG41 ke DG44 dipendekkan dari tujuh tahun kepada lima tahun pengalaman mengajar.
Bagi pegawai yang telah dinaikkan pangkat Guru Cemerlang di sesuatu gred, boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat ke gred selanjutnya tanpa perlu menunggu tempoh tiga tahun perkhidmatan dalam gred yang sedang disandang.
Kerajaan juga bersetuju untuk memperuntukkan 10 peratus daripada kuota Guru Besar Cemerlang DGA38 sebanyak 1,700 jawatan seperti yang diumumkan tahun lalu kepada pengelola dan guru yang berkhidmat di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah yang menunjukkan prestasi yang cemerlang.
Gred Jawatan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) dinaikkan dari gred DG48 ke gred DG52 dan DG54
Struktur seluruh PPD di seluruh negara akan diseragamkan dengan memansuhkan Pejabat Pelajaran Gabungan (PPG) bagi negeri Sabah dan Sarawak.
Selain kenaikan gred PPD, penambahbaikan juga akan mewujudkan ratusan jawatan kenaikan pangkat baru untuk para guru yang berkhidmat di PPD
Kerajaan juga meluluskan cadangan penstrukturan baru Kementerian Pelajaran yang melibatkan pertambahan jawatan dan kenaikan gred bagi jawatan pengurusan tertinggi dan ketua bahagian dari gred DG54 hingga ke JUSA . Sebagai contoh, kesemua jawatan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran kini diseragamkan pada gred JUSA A berbandingkan sebelumnya berbeza pada gred JUSA A, B, C dan DG54

No comments: